Monday, August 16, 2010

Pentium 4 Cpu, Masih di cari?

Kebelakangan ini saya menerima byk panggilan yang bertanyakan tentang Cpu Pentium 4, baik dari orang perseorangan ataupun syarikat. Ada yang bertanya sahaja, ada yang mintak 'quotation', ada yang terus beli, ada yang mempersoalkan tentang harga dan macam-macam hal lah... Nampaknya masih laku lagi Pentium 4 ni ye.. terutama sekali kepada pengusaha cyber cafe dan di negeri2 seperti kedah, kelantan dan terengganu permintaannya masih tinggi. Permintaan ini menyebabkan harganya tidak tentu mengikut kawasan, rata- rata harga Cpu pentium 4(terpakai) yang di jual di kedai adalah sekitar rm 400, kecuali yang di jual oleh orang perseorangan. Ada juga kedai yang menjual rm 250, 300 dan sebagainya mengikut spesifikasi prosessor, RAM, dan Hardisk. Perlu di ingat, bagi para pembeli, memang harga seperti RM250 ke 300 adalah harga yang sangat murah(Untuk spesifikasi rendah), tetapi servis selepas jualan sesetengah kedai tidak di sertakan sekali, yang di maksudkan di sini ialah jaminan Cpu tersebut. Berapa lama ianya di jamin? Adakah barang akan di tukar dengan yang lain jika berlaku sebarang kerosakan? Perkara-perkara seperti ini pelanggan harus ambil berat jika ingin membeli komputer terpakai yang selalunya di jamin selama seminggu atau 2 minggu. Jika anda mempunyai pandangan sila tinggalkan komen kepada kami di Bundlepc blog @ di Facebook kami di http://www.facebook.com/bundle.pc

Terima kasih!!

No comments:

Post a Comment

Please Comment!!