Sunday, February 5, 2012

Membekal Set komputer Dual Core ke Syarikat Pujangga Kreatif Sdn Bhddan Coniage Sdn Bhd.



Salam Maulidur Rasul Kepada rakyat Malaysia umumnya. Pada Minggu lepas kami menerima tempahan komputer untuk kegunaan kerani dari Syarikat Pujangga Kreatif dan Coniage Sdn bhd. Mereka memerlukan 6 biji komputer yang mudah alih dan bersaiz kompak. Sesuai dengan peranan Syarikat itu yang menjalankan kegiatan, menerbitkan Drama2 tempatan, dan penghasilan kerja audio visual untutk pasaran dalam negara. Jadi pemilihan komputer yang agak bergaya harus di ambil kira. Pada mulanya kami menggabungkan Cpu Acer Veriton 2800 dan Dell Lcd Monitor 19'. Setelah menghantar gambar melalui email kepada mereka dan mereka bersetuju, kami pon menydiakan stok untuk mereka. Stok-stok yang yang disediakan, harus menjalani proses kosmetik, dan ujian "tindak balas proses" iaitu untuk memastikan komputer yang di bekalkan mestilah laju untuk proses2 pengkeranian. kami meletakkan spesifikasi 2.8ghz prosessor, 2GB Ram, 160GB Hardisk. Nyata prestasinya amat menggagumkan! Setelah kami berpuas hati atas ujian yang di jalankan, kami pon menghantar ke Syarikat tersebut. Setelah memasang kesemua perkakasan, Bos Syarikat tersebut berpuas hati dengan Cpu yang di tunjukkan oleh staff mereka, di mana masa itu mereka tengah mesyuarat. Kami pon meneruskan untuk menghidupkan semua komputer. Setelah habis mesyuarat, Bos syarikat tersebut melihat Lcd monitor 19 Dell yang kami sediakan.... dan tiba-tiba dia tidak berminat dengan rekabentuk Lcd Dell itu walaupon ianya mempunyai ciri "rotate" dan "turun naik" yang tidak boleh di dapati dari Lcd keluaran sekarang. Dia menekankan, dia mahukan Lcd widescreen!! Kami pon "jammed" sekejap, kerana pihak mereka bersetuju bedasarkan gambar yang di hantar dan barang yang kami hantar sama seperti itu! Tetapi itu bukan masalah kepada kami.... Kami bersetuju untuk tukarkan dengan Lcd 19 Widescreen dan mereka bersetuju untuk membayar segala kos kami asalkan mereka puas hati. Ok!! Lusanya kami terus bawakan Lcd itu kepada mereka di padankan dengan Acer Veriton 2800. Mereka puas hati, kami lagi;ah puas hati. Terima kasih kepada Boss En Zaidi!

No comments:

Post a Comment

Please Comment!!