Showing posts with label Bundle Pc Blog. Show all posts
Showing posts with label Bundle Pc Blog. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Kembali aktif!



Kami BundlePC Tg Karang.  Kami pakar dalam membantu anda, samada syarikat atau pengguna untuk memiliki komputer atau laptop terpakai yang berjenama dan berkualiti untuk menyelesaikan kerja pejabat, pelajar, pembelajaran anak dan keperluan peribadi anda. Masalahnya hari ini,jika untuk kegunaan asas,  laptop dan komputer baru masih mahal untuk di miliki, terutamanya bagi syarikat yang baru beroperasi yang ingin mengurangkan kos dan golongan pekerja yang ingin menggunakan laptop atau komputer, di tambah dengan beban perbelanjaan hidup kini yang semakin menghimpit. Jadi dengan pengalaman kami sepanjang 5 tahun dalam bidang ini, harap dapat membantu menyelesaikan masalah anda.


Alamat: No. 218 Jalan besar, 45500 , Tg Karang,
Selangor.
Sedia membantu, hubungi:
 012-2429783 / 03-32681157

Tuesday, September 4, 2012

Anda Dealer? Nak cari bekalan cpu untuk di jual?

Anda boleh mendapatkannya dari kami. Dijamin berkualiti dengan 3 bulan jaminan! Spesifikasi pentium 4 1.8ghz - 3.0ghz. atau boleh juga Pentium D, Core 2 Duo! Semua pc dari jenama HP, Dell, IBM.
DIJAMIN BERKUALITI!

Minimum 10 unit

Berminat Email kami di Bundlepc@yahoo.com
Atau hubungi 0122429783.

Terima kasih!

Friday, July 6, 2012

Antara Syarikat dan organisasi yang mendapatkan bekalan komputer terpakai(recond) dari kami

ANTARA SYARIKAT YANG MENJADI PELANGGAN KAMI:

 1)TKBB Resources
 Membekal Set komputer dan lcd monitor , pemasangan rangkaian internet dan penghantaran.

 2)Koperasi Usahabina Malaysia Berhad(KUMB), Setapak, Kuala Lumpur
 Membekal set komputer serta lcd monitor, servis penyelenggaraan/pemasangan. Memberi khidmat nasihat tentang keperluan spesifikasi untuk kegunaan mereka.

 3)Labik Enterprise
 Membekal set komputer dan lcd, menyelenggara komputer secara kontrak secara “remote”.(kontrak dah tamat, syarikat ini sudah bertukar nama kepada Jeman TSM SDN BHD)

 4)Tanjong Karang Resources
 Membekal komputer dan khidmat nasihat.

 5)HMS Consultancy Sdn Bhd
 Mengitar semula perkakasan komputer terpakai.

 6)Shahrizal Enterprise SDN BHD
 Membekal set komputer untuk kegunaan pejabat

 7)Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Lumpur
 Membekal Pencetak dan "toner".

 8)KSTK SDN BHD, Tanjong Karang ,Selangor
 Membekal CPU dan monitor untuk kegunaan pejabat

 9)JD MULTI MODAL SDN BHD, Sungai Buloh
 Membekal Set Komputer pejabat.

 Jutaan Terima kasih! Di harap jika terdapat kekurangan perkhidmatan dapat di perbaiki.

Thursday, May 31, 2012

IBM Lenovo Thinkpad T61 Ku!





Ram asal 2GB
1GB brand apa tu?Nanya dari laptop HP

Ni pulak Kingston Ram 1GB

Masuk 2GB 2 keping.

Tap tap!

Sambil2 tu selak sikitada pae bawah tu..Nampaknya bersih, sebab pakai keyboard protector :)
Jadi habuk dari atas tak masuk.

Sebelum pasang...

Cuci di celah celah keyboard habuk2 jahat.

Dahsiap pasang... Kasi on.. sekali nak Fingerprint daaa..

Nampak tak lampu kecik tu? ni kalau dalam gelap kasi pasang. Di gunakan untuk suluh keyboard :)

Salam semua pengguna komputer dan laptop seluruh dunia :) Ini adalah gamba di mana aku telah meng"upgradekan" ram Lenovo kesayangan aku dari 2GB ke 4GB. Sambil2 tukar ram tu servis2 sikit la, buang2 habuk, lap sana lap sini. :) laptop ni aku dapat dari kilang, di mana tempat aku selalu amik stok laptop. Dalam banyak2 stok Lenovo T61 tu ada sesat plak sebiji yang ada  Web Cam... Haa apa lagi, sambar, wat stok pakai sendiri. Dari star pakai sampai sekarang, takde masalah lagi, cuma ketinggalan la sikit dari segi speed processor, ye la sekarang dah I7 generasi ke berapa ntah, awak masih lagi setia dgn spesifikasi lama. Lagi pon takde benda yang memerlukan aku mempunyai sebuah laptop yang power, sebab penggunaan sekarang masih lagi basic, seperti melayari internet,photoshop sikit2 dsb.... Cuma dulu ada masalah display sekejap, iaitu driver problem. Driver graphic dia seperti tak "kenal" chipset grafik laptop ni. Itu di sebabkan salah install driver grafik dimana driver kat Nvidia website untuk grafik laptop ni terlalu advance, jadi langkah penyelesaian, download dari website Lenovo, setel sampai sekarang :)

Tuesday, April 3, 2012

Promosi April!!! CPU berjenama!





 Stok updated! Sila datang untuk mendapatkan cpu, lcd , laptop 2nd hand, terpakai, refurbished atau apa jua yang anda panggil!! Yang penting sekali kami menawarkan stok-stok yang berkualiti!!


Related tags:Komputer terpakai murah, cpu berjenama murah,lcd monitor terpakai, used computer parts

Sunday, February 5, 2012

Membekal Set komputer Dual Core ke Syarikat Pujangga Kreatif Sdn Bhddan Coniage Sdn Bhd.



Salam Maulidur Rasul Kepada rakyat Malaysia umumnya. Pada Minggu lepas kami menerima tempahan komputer untuk kegunaan kerani dari Syarikat Pujangga Kreatif dan Coniage Sdn bhd. Mereka memerlukan 6 biji komputer yang mudah alih dan bersaiz kompak. Sesuai dengan peranan Syarikat itu yang menjalankan kegiatan, menerbitkan Drama2 tempatan, dan penghasilan kerja audio visual untutk pasaran dalam negara. Jadi pemilihan komputer yang agak bergaya harus di ambil kira. Pada mulanya kami menggabungkan Cpu Acer Veriton 2800 dan Dell Lcd Monitor 19'. Setelah menghantar gambar melalui email kepada mereka dan mereka bersetuju, kami pon menydiakan stok untuk mereka. Stok-stok yang yang disediakan, harus menjalani proses kosmetik, dan ujian "tindak balas proses" iaitu untuk memastikan komputer yang di bekalkan mestilah laju untuk proses2 pengkeranian. kami meletakkan spesifikasi 2.8ghz prosessor, 2GB Ram, 160GB Hardisk. Nyata prestasinya amat menggagumkan! Setelah kami berpuas hati atas ujian yang di jalankan, kami pon menghantar ke Syarikat tersebut. Setelah memasang kesemua perkakasan, Bos Syarikat tersebut berpuas hati dengan Cpu yang di tunjukkan oleh staff mereka, di mana masa itu mereka tengah mesyuarat. Kami pon meneruskan untuk menghidupkan semua komputer. Setelah habis mesyuarat, Bos syarikat tersebut melihat Lcd monitor 19 Dell yang kami sediakan.... dan tiba-tiba dia tidak berminat dengan rekabentuk Lcd Dell itu walaupon ianya mempunyai ciri "rotate" dan "turun naik" yang tidak boleh di dapati dari Lcd keluaran sekarang. Dia menekankan, dia mahukan Lcd widescreen!! Kami pon "jammed" sekejap, kerana pihak mereka bersetuju bedasarkan gambar yang di hantar dan barang yang kami hantar sama seperti itu! Tetapi itu bukan masalah kepada kami.... Kami bersetuju untuk tukarkan dengan Lcd 19 Widescreen dan mereka bersetuju untuk membayar segala kos kami asalkan mereka puas hati. Ok!! Lusanya kami terus bawakan Lcd itu kepada mereka di padankan dengan Acer Veriton 2800. Mereka puas hati, kami lagi;ah puas hati. Terima kasih kepada Boss En Zaidi!

Saturday, November 19, 2011

searching for branded Pc/desktop Motherboard?

If you searching for branded Pc/Desktop/SFF Motherboard such as:
*IBM Thinkcentre
*Dell Optiplex series GX 240,260,270,28, 330,550,620,755 ETC..
*HP Compaq D530, HPDC 7700 ETC
*Ask your brand.

Just contact us for more information.

Wednesday, November 2, 2011

Clean your pc/laptop from dust!



Dah biasa dengar tajuk2 camni? Ini true story dan 1 realiti yang harus di hadapai oleh pengguna2 laptop. Sebab habuk yang terperangkap dekat fan laptop anda akan menyebabkan Overheating pada processor seterusnya laptop anda akan mati..... Tapi boleh hidup balik jangan takut ;)  Tapi jika berterusan, motherboard anda terbakar lepas tu dah tak hidup2 dah. Kos motherboard laptop dah la mahal, baik maintenance dengan bersihkan habuk dalam laptop. Charge selalu kedai kenakan >RM100.. Bergantung pada budi bicara kedai servis tu la. Selamat menjaga laptop anda ;)

Benda ni dah lapok sebenarnya :D sebab kami sibuk dengan sales dan kebetulan ada pelanggan yang hantar kes ni pada kami,  terus ingat nak share pada yang belum tahu atau yang baru menggunakan laptop.

Saturday, July 9, 2011

Cek pendapatan Adsense !




Cek Google adsense ni sampai minggu lepas. Tapi belum di tunaikan lagi, ye la agak sibuk ke sana kemari. Lagi pun ini bukan kerja utama aku. Tapi kalau dapat lebih boleh jadi pendapatan tetap ni ;) Untuk pengetahuan semua ini koleksi pendapatang dari tahun 2007. Gile 4 tahun tu! Orang lain layan adsense sebulan dapat USD500, aku 4 tahun baru USD 300 lebih. Aku keluarkan ni pon sebab takut polisi google tukar, mana tau lepas ni lagi susah nak tunaikan cek2 diorang jadi untuk langkah berjaga jaga aku mintak cek dulu. Aku ingat nak tunaikan kat CIMB, tapi pegawai dia cakap mengambil masa sebulan gak nak masuk akaun, tapi aku tak kisah pon sebenarnya berapa lama, sebab awak buat pon duit tepi, bila dia cakap kat Citibank leh cash sehari, tak jadi aku nak bank in kat CIMB. So aku pon bersabar, dan ambil balik cek tu nak try tunaikan kat Citibank Klang. Tak tau la boleh ke tak. Takut kena buat akaun kat sana plak. Try je la.. Ni pon tak serius buat, sebab blog pon dalam BM. Nasihat saya kepada yang nak try buat adsense di luar sana, buat dalam Bahasa Inggeris untuk pendapatan yang lebih besar dan banyak pengiklan. Aku rasa itu je aku nak kongsi, sebab aku bukan pakar adsense, tapi kepada yang pakar di luar sana, yang nampak aku ada potensi sila la tunjuk ajar. ;) selamat melayari blog ini! Terima kasih.

Friday, March 18, 2011

Berminat menjadi Agen Jualan BundlePc?

Anda selalu membaiki laptop atau komputer di kawasan setempat? Mereka bertanyakan dimana boleh mendapatkan pc/laptop murah kepada anda? Kami boleh membekal kepada anda! Stor kami seperti stor anda sendiri, di mana anda boleh menyimpan stok atau ambil bila ada permintaan sahaja. Dah cukup :D, keterangan lanjut, hubungi kami.

Terima Kasih~En. BundlePc ;)

Saturday, January 29, 2011

Mencari pembekal komputer terpakai(refurbished)??

Kami sedia menjadi pembekal kepada anda, untuk barangan seperti, CPU, CRT monitor, LCD. Sila hantar email kepada kami untuk mendapatkan senarai harga yang terbaik sekarang!!!


Related Tags: Komputer terpakai, Pembekal komputer selangor, Pembekal komputer perak, pembekal komputer kedah, cpu terpakai, komputer murah pukal, senarai harga komputer terpakai.

Wednesday, January 12, 2011

Set Dual Core dan AMD Ke Gomeh!

Hari ahad 16/1/2011 hantar 5 set Cpu dual core dan AMD ke Gemas, Negeri Sembilan. Setelah menerima deposit dari Cik Rozaini. Set Komputer lengkap masih dalam peringkat pengujian untuk mengelakkan sebarang masalah timbul setelah di hantar nanti. Sebelum itu kami telah menghantar 4 biji cpu 1.8ghz, 512 Ram, 40gb hdd, ke Tg Malim, Perak. Kepada Pn Rozilawati di harap telah menerima Cpu yang ingin di tukar dari pihak kami.
Sekarang kami tengah mencari masa untuk mengemas stor simpanan stok kami yang terletak di Tg Karang.
Harap dapat di selesaikan secepat mungkin.

-BundlePc-

Sunday, January 2, 2011

Stor BundlePc

Salam Tahun Baru kepada semua pelawat BundlePc! Di sini kami nak memberitahu bahawa kami akan membuka stor fizikal di Tanjong Karang, Selangor. Jika selama ini ramai yang bertanyakan tentang lokasi kedai, dan cawangan kami, dan selalunya kita berjumpa di mana-mana sekitar selangor, selepas ini anda semua boleh datang sendiri memilih barang seperti, CPU, LCD, CRT Monitor dan perkakasan lain. Sekarang stor kami baru nak di kemaskan, kalau takde aral mungkin bulan 2 dah boleh datang tengok-tengok barang.

Terima Kasih!




Related Tags :cari laptop murah,jual laptop terpakai,laptop terpakai murah,jual dell laptop,kedai membeli laptop terpakai di selangor,kedai menjual laptop,jual laptop di selangor,pc bundle jual laptop,mencari laptop terpakai,laptop terbaik 2010, acer laptop monitor,komputer murah shah alam, kedai membeli laptop terpakai sekitar selangor,laptop secondhand murah malaysia 2010,laptop terpakai murah kuala lumpur,Gaming CPU, Komputer gaming murah,Stor BundlePc, Kedai barang komputer terpakai

Friday, December 31, 2010

Terima kasih Followers!

Salam Tahun baru 2011. DI sini Bundlepc ingin mengucapkan terima kasih kepada pengikut kami yang sentiasa mendapat berita-berita dan pos terbaru dari kami. Di harap terus menyokong dan sampaikan kepada rakan-rakan anda. Di harap Tahun 2011 akan membuka tapak baru buat kami.

Terima kasih!

Tuesday, November 2, 2010

Meja Komputer Buluh Part 2

 Boleh Di gunakan sebagai meja kerja untuk Laptop
kukuh, di jamin selama 10 tahun.




Di ikat menggunakan "tali ijuk" yang di tempah khas dari Indonesia, bagi memberi kekuatan pada penyambungan. Tali ini di gunakan untuk pembinaan rumah di Indonesia.

Sesuai untuk kegunaan pejabat dan sudut rumah.


Harga Promosi
RM 200.00 
1 Set!!!

Monday, November 1, 2010

Cari CPU AMD untuk Cyber Cafe?

Sekarang kami ada stok CPU AMD untuk di jual, di mana ramai yang berpendapat ianya sesuai untuk gaming.
Stok Cpu AMD yang kami jual, tidak terhad kepada Pc 'Clone'  tetapi juga terdapat yang branded dari jenama Dell, fujitsu, hp dan sebagainya. Cpu dengan prosessor AMD memang menjadi buruan pengusaha Cyber cafe,
kerana ianya lebih murah berbanding prosessor Intel tambahan lagi dengan "perdebatan" kaki game mengenai Prosessor AMD yang lebih baik untuk 'Gaming'. Ya, ada sesetengah ciri prosessor AMD yang baik untuk Gaming contohnya clock speed yang tinggi.. Tetapi Intel juga mempunyai ciri sama, di mana Intel pula lebih popular dengan ciri "hyperthreading" iaitu berbilang kerja dalam satu masa. Tapi bukan 100% bergantung pada prosessor, Kad grafik juga memainkan peranan yang penting bg menyokong kelicinan paparan grafik yang memang di perlukan untuk kelancaran sesuatu aplikasi 'game'. RAM juga penting untuk sistem operasi, dan menjamin kelancaran aplikasi permainan. Ini memang perlu di titik beratkan bagi mereka yang ingin memastikan kelancaran permainan. Jika RAM anda berkapasiti kecil, bersedialah untuk bersabar jika gambar permainan tersekat-sekat. RAM dan Kad grafik memang berhubungkait di sini...mau jaga ni...  Oleh itu sesiapa yang ingin membina satu set komputer untuk game sila lah mengambil berat faktor-faktor di atas. Sebarang pertanyaan sila ajukan, kami sedia berkhidmat.

 cpu terpakai murah pentium 4
RM 280.00 !! (Sementara Promosi)
Pentium 4 2.0hz,
Ram 512Mb,
Hardisk 80gb,
Usb Port 4,
Cd Rom,
Dell Vostro New Casing!


Terima kasih!


Related Tags: Cpu AMD untuk gaming?, Cpu AMD gaming untuk di jual, Menjual cpu AMD, Processor AMD, Mencari Cpu AMD Athlon, AMD X2, AMD Opteron, AMD Duron.

Thursday, October 28, 2010

Meja Komputer Buluh!

 

100% Buatan Tangan!!
Kukuh, Sejuk, pengudaraan yang baik.
Sebagai hiasan dalaman pejabat, dan Rumah,

Buat masa ini baru 90% siap di reka, masih dalam pembangunan dan pengujian.
Akan di pasarkan tidak lama lagi!

Thursday, October 21, 2010

1 Set Komputer terpakai= Cpu Casing Dell Vostro + LCD Monitor 17'


Cpu Intel Pentium 4 1.8ghz,
RAM 512MB,
Hardisk 40GB,
CDRom,
USB Port,
Mouse,
Keyboard,
Power Cable,
VGA Cable.

LCD Monitor 17"

RM 650.00*

Wednesday, October 20, 2010

Lcd Monitor Dell 19', Jupe mung di Nung...




Lcd Monitor Dell 19' yang baru kami upload semalam, sudah pon dijual pada hari ini kepada En Safuan yang mana dia juga adalah rakan sebilik saya sewaktu bersama-sama belajar di Kolej dahulu. Sebelum ini sudah banyak juga Lcd dan Laptop yang pernah kami anta ke seluruh negeri, tapi tak di blog kan. Memandangkan En safuan, adalah rakan lama saya, jadi mulai hari ini, jika ada penghantaran ke seluruh negeri, kami akan blog kan supaya dapat berkongsi dengan blogger2 yang lain dan pelanggan kami.

berhubung dengan En Safuan? http://www.facebook.com/profile.php?id=100000430547960

Terima kasih!